Home

Friday, May 16, 2014

Cara Pakai Selendang / Shawl / Tudung

Kali ini Sueberry nak kongsi kepada semua cara mudah tetapi menarik gaya berhijab. Jom tengok. :-)

Kepada yang inginkan perfume seperti jenama terkenal antarabangsa, uollss boleh cuba Sueberry Inspired Perfume pada saiz Travel Spray 10ml dan Roll On Oil Perfume Tanpa Alkohol 2.5ml pada harga WOW! ☺

Sueberry Travel Spray Inspired Perfume 10ml

Sueberry Roll On Oil Perfume Tanpa Alkohol 2.5ml

Agent Dropship Perfume Diperlukan.


Klik gambar untuk besarkan.




Lihat pada gambar ye.. Cara pakai selendang.. (Selendang ini ada dijual di Butik Online Suberry).
1- Letakkan selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
2- Selendang sebelah pendek di pin di tepi kepala.
3- Pin kan bahagian yang panjang supaya kemas.
4- Bawa bahagian yang panjang tadi ke atas.
5- Pin kan supaya kemas.
6- Dah siap :-)




Lihat pada gambar ye.. Cara pakai bawal atau tudung empat segi.. (Bawal corak ini ada dijual di Butik Online Suberry).

1- Pin kan bawal di bawah dagu (sama panjang).
2- Buka dan bawa bahagian sebelah kiri dan pin pada sebelah kanan.
3- Buka dan bawa pula bahagian sebelah kanan ke kiri.
4- Pin kan di bahagian tepi kepala.
5- Dah siap :-)




Lihat pada gambar ye.. Cara pakai halfmoon.. (Halfmoon ini ada dijual di Butik Online Sueberry).

1- Letakkan halfmoon sama panjang. (seeloknya pakai inner neck kerana material chiffon halfmoon agak jarang).
2- Pin kan dengan brooch di bawah dagu.
3- Tarik bahagian sebelah kiri halfmoon ke bahu sebelah kanan dan pin kan dengan brooch.
4- Tarik bahagian lagi satu pula.
5- Pin kan dengan peniti atau brooch ke sebelah tepi kepala.
6- Dah siap! Simple dan cepat kan.



Lihat pada gambar ye.. Cara pakai selendang.. (selendang ini ada dijual di Butik Online Sueberry).

1- Letakkan selendang sebelah pendek dan sebelah lagi panjang.
2- Tarik bahagian selendang yang sebelah pendek.
3- Bawa ke tepi kepala dan pin kan dengan peniti.
4- Pin kan bahagian yang sebelah panjang tu agar kemas.
5- Ambil bahagian yang sebelah panjang tadi..
6- Pin kan pada bahagian atas kepala (sebelah belakang).
7- Sama seperti no. 6 - (kedudukkan gambar dari depan). Kemaskan keadaan selendang.
8- Done! Dah siap...! Selamat mencuba..





Cara Pakai Glitter Lycra Shawl

Lihat pada gambar ye.. Cara pakai glitter lycra shawl.. (Selendang ini ada dijual di Butik Online Sueberry).
1- Letakkan selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
2- Selendang sebelah panjang di pin di tepi kepala.
3- Bawa selendang yang sebelah pendek ke hadapan bahagian yang sebelah panjang.
4- Bawa bahagian yang panjang tadi ke atas kepala dan pin kan supaya kemas.
5- Bahagian yang sebelah pendek tu lipat jer ke atas kepala dan pin kan..
6- Done! Dah siap :-)





Lihat pada gambar ye.. Cara pakai selendang gaya ala Fareeda Marissa.. (Selendang ini ada dijual di Butik Online Sueberry).

1- Pinkan di bawah dagu selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
2- Tarik selendang sebelah pendek di pin di tepi kepala.
3- Selendang sebelah panjang letak di bawah selendang sebelah pendek (silangkan) - seperti gambar.
4- Bawa bahagian yang panjang tadi ke atas.
5- Pin kan supaya kemas.
6- Ambil brooch dan masukkan pada bahagian yang lebih tadi (seperti gambar).
7- Done! Siap dah.. :-)




Lihat pada gambar ye.. Cara pakai Zahirah Shawl.. (Selendang ini ada dijual di Butik Online Sueberry).
1- Letakkan selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
2- Pinkan selendang ke belakang kepala.
3- Bawa bahagian yang dah pin tadi ke hadapan semula. Ambil bahagian selendang sebelah pendek.
4- Bahagian sebelah pendek bawa ke sebelah panjang melalui belakang kepala.
5- Bahagian yang sebelah pendek tu pegang (seperti dalam gambar), lepas tu tarik bahagian selendang sebelah panjang ke atas kepala..
6- Pinkan supaya kemas..
7- Done! Siap sudah.. :-)




Cara Pakai Selendang 'Free Style'





4 comments:

  1. Terima kasih dengan tutorial yang ringkas cara menggayakan selendang dapat membantu pelanggan tambah bergaya dengan pilihan selendang yang cantik.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info ini :-)

    ReplyDelete
  3. makasih banyak ilmunya kaka, smg aku istiqomah berhijab
    sepatu kerja pria , sepatu pantofel

    ReplyDelete
  4. artikelnya sangat menarik,,
    dan bermanfaat,,
    salam sukses,,

    ReplyDelete